LED Text Scroller

Saturday, January 1, 2011

Apa itu 'BLOG' ??


Haaaa... sekarang sume da canggih.. sume orang da ada blog sekarang.. tapi tahukah kamo sume tahu pasal blog nie?? Even kamu, kamu n kamu dah tau apa tu blog,, aku nak tulis jugak,, sebab ak tak tau apa itu blog... oleh demikian.. aku yang terlebih rajin hari ini telah meminta bantuan abang google pasal apa itu blog nie... 



Then aku pom nak share laa pasal apa itu blog, kelebihan dan kekurangan blog, and pelbagai lagi info pasal blog nie.. al-maklum laa,,, saya nie kan budak baru nk ber’tatih’ lam dunia blogger nie.. so cari punye cari,, abang google nie la yang tolong bagi info nyee...



Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.


Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.
Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).


Kelebihan blogger
  • Percuma.
  • Mudah untuk mendaftar.
  • Control panel yang ringkas dan mudah digunakan.
  • Boleh upload gambar dalam control panel.
  • Boleh mengubahsuai template secara bebas(Boleh guna CSS,DHTML,AJAX).
  • Turut mempunyai categories tetapi masih dalam peringkat BETA dan hanya user yang bertuah saja boleh dapat.
  • Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.

Kelemahan blogger
  • Hanya pengunjung yang mempunyai akaun blogger sahaja dapat memberikan komen untuk post blogger lain.
 

Pesanan penting:
Sebelum anda mendaftar, pastikan anda telah pun mempunyai konsep dan untuk apa blog anda dibuat. Ini penting kerana semasa mendaftar, domain atau pun alamat blog anda adalah berdasarkan username akaun anda.contoh:Blogger: nama_akaun_anda.blogspot.com


 PERINGATAN~~!!~~ jangan tulis benda2 yang mampu membabitkan isu2 sensitif ye~~!!~


Sehingga di sini info pasal blog yang aku mntk tolong dari abang google tadi... tak sia2 dia tolong aku.. at least tau gak pasal blog2 nie kan.. daripada tak tau pape,, kan dapat sikit ilmu pasal blog nie... nak2 manusia macam ak yang ‘kure2’ sikit pasal blog nie...

Sehingga disini dulu ak citer pasal blog ak nie..



''' demam '''




Piala AFF Suzuki masih hangat diperkatakan..
Mana tidaknya,, kejayaan pemain-pemain muda pasukan negara kita telah memberikan sesuatu kenangan yang tidak dapat dilupakan bersempena dengan tahun 2010 yang berlabuh tirai...



 Harimau Malaya yang 'mengaum' memang meninggalkan detik yang bermakna sebelum penutupan tirai bagi tahun 2010 dimana seluruh rakyat Malaysia menantikan kejuaraan untuk memenangi Piala AFF Suzuki 2010..



Aku yang sebelum ini tidak minat dengan bola,, bola jadi minat gila kat bola sekarang nie...
Mana tidaknya,, pemain-pemain pasukan bola negara kita muda-muda lagi..
Apa lagi,,
Demam laa aku...


Demam bukannya apa,, demam angau sendiri...
'gelak sowang2'
Apa yang berkaitan dengan bola yang melibatkan pemain muda kebangsaan kita membuatkan aku jadi ' tak berapa betol ' sikit...
Alahai wira-wiraku.......



Mereka kebangaan MALAYSIA..~~

Faisal Yusof Bekas Suami Nana Meninggal Dunia

Al- Fatihah~~
 ~~~
~~~
 ~~~

Faisal Yusof telah meninggal dunia di Hospital Pusrawi akibat serangan jantung...
Terkejut dan terkasima kerana tidak menyangka dunia hiburan tanah air akan menerima khabar berita yang sedih pada awal tahun baru 2011 ini... 
Rasanya baru semalam aku tengok arwah berlakon...




Al- Fatihah buat arwah Faizal Yusof yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, lebih kurang jam 2.30 petang tadi... 
Arwah yang merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana 'Nana'.. 
Walaupun telah bercerai namun hasil daripada perkahwinan mereka telah meninggalkan seorang anak yang tinggal bersama Nana..




Sesungguhnya hidup mati kita ditentukan oleh-Nya..
Kita hanya mampu merancang,,,ALLAH yang menentukan...
Semoga roh arwah Faizal Yusof ditempatkan bersama dengan golongan orang yang beriman... Amin~~
Al- Fatihah....

SELAMAT DATANG 2011.....

Aku rasa masih belum terlambat nak wish 'HAPPY NEW YEAR 2011' kan??



Even aku tak sambut tahun baru tapi aku dapat juga la tengok sambutan tahun baru kat tv tu...' tgk kat umh lag best,, clean n clear... c perlu berasak2'..
Pagi tahun baru 2011 ini dirasakan macam hari-hari yang lain..
Ntah mengapa laa kan...
Maybe dah biasa dengan pagi-pagi yang mendung..
Hujan-hujan yang membasahi bumi and mencurah-curah tuu..'hujan rahmat'
tak ada apa yang istimewa laa kot pagi 2011 niee...
Papepom tetap nak wish,,,

HAPPY NEW YEAR 2011!!~~!!