LED Text Scroller

Sunday, March 6, 2011

+cerpeng++

 

Cerpen bahasa terengganu


""agak2 korang paham x???""


Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”
Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.
Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.
Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.
Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”
Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.
Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.
Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.
“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”
Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!
Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!



HAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHAHAHHAHAHAH

Saturday, March 5, 2011

++jangan mengecewakannya++







1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Friday, March 4, 2011

++kurus tetapi buncit++

tengah duk siyok2 layan youtube... tetiba terbaca artikel nie.. best~~!!~~ nak kata tuk aku pom,, leh laa.. tapi mmber2 ak slalu cakap sal nie.. hehehehhehe... mmber aku sering kali tertekan dengan perut dia yang buncit walaupun dia  kurus. Terdapat segilintir orang juga mengalami masalah yang sama. Mereka boleh menyembunyikan perut mereka ketika memakai pakaian, tetapi bila baju dibuka....jeng..jeng..jeng..

Berita baiknya masalah ini boleh diperbaiki tanpa perlu anda menjalani lipo suction. Pertama sekali anda perlu memahami bagaimana anda boleh membina perut yang buncit walaupun badan anda kurus.

1) Dalam tempoh beberapa tahun ini anda telah mengambil lebih banyak kalori daripada yang badan anda mampu bakar. Jadi kalori berlebihan ini akan disimpan di dalam perut anda sebagai lemak.

2) Selama ini anda telah mengambil makanan-makanan yang tidak sihat. Contohnya nasi lemak, roti canai, kentang goreng, pisang goreng, cucur udang, nasi goreng, burger goreng, ayam goreng, fast food, maggi, kepak ayam, pizza, teh tarik dan sebagainya. Makanan-makanan ini mengurangkan sensitiviti insulin anda dan akan terus disimpan di dalam perut anda yang buncit.

3) Anda tidak bersenam secara konsisten sepanjang minggu ataupun mungkin sepanjang tahun. Sekiranya anda mengamalkan 'kejap ada, kejap takda' secara berterusan, anda tidak akan mampu membina otot dan akhirnya memudahkan pengumpulan lemak di dalam badan anda.

4) Biasanya kebayakkan orang mudah terpengaruh dengan produk weight gainer dari kedai-kedai supplement atau iklan-iklan di TV. Jika anda mengambil weight gainer tetapi sekadar melakukan senaman dumbel dirumah sekali-sekala maka kalori berlebihan dari weight gainer itu akan turut tersimpan didalam perut anda.

Jadi saya harap kini anda sudah faham bagaimana masalah ini boleh berlaku. Ingat... walaupun anda kurus tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati atau tidak bersenam terutamanya jika umur sudah meningkat.



Sama-samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat.

++what a day~~!!++

hari yang sangat best and happening and sempoi.. mana tak nya... letih semalam tak habis ag.. ahri nie sambung keletihan.. keletihan pe?? p jejalan laa.. ahhahaha.... al-maklum laa.. rumah ramai 'tetamu''.. 'tulang2' kite de kat umah nie.. buat apa?? saja,, kami sesama berPBS sesama.. PBS?? pengalaman berasaskan sekolah.. waa.... menarik.. 1st time wat sesama ngan kawan2 1 maktab.. tak sabar pom ada gak.. heeeeeeeee..

hari nie lak.. bawak diaorang p jejalan.. kat KB je... KB Mall.... meriah.. kite, mashi, jijid and adik kite.. saje bawak adik sekali.. kasi relese tnecen dia kit. (kakak yang BAIK kan~~~:P).. bukan main jejalan ye 4 orang anak dara nie.. tak hingat dunia bile dapat jejalan and shopping2 ye.. ya AMPUN`~!!~~

kua dari rumah kul 2 ptg... balek umah kul 10 malam.. hebat tak anak dara nie?? heheheheh... anak dara's nie mmg laa.. NOTY GIRL~~!!~hehehehhe....

time kasih to puan MAK and mister AYAH sebab bagi pinjam kete baru mereka pada MISS anak Daugther dia yang cute miut nie bawak kawan2 p jejalan ye.. SAYANG sama puan MAK and mister AYAH...

balek2 je singgah kedai makan jap.. bungkus makanan. biasa laa bile da jejalan nie,,, perut pom berjejalan gak laa.. bungkuskan bihun tomyam and kue teaw tomyam... sekali makan~~~~ perrrggghh~~!!~~ PEDAS~~~!!~~... and sebagai akibatnye.. sekarang,, saat ini.. masa sekarang.. tengah sakit perut.. sebab tak tahan pedas... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...



pepehal pom,... 
WHAT A DAY~~!!~~