LED Text Scroller

Saturday, February 12, 2011

++renung2kan & selamat beramal++




Hari ini ada sedikit ruang untuk saya berkongsi dengan semua. Memandangkan sekarang agak kesempitan waktu dengan pelbagai program maktab, jadi minta maaf sangat-sangat kepada siapa yang sudi berkunjung kat blog ini yang tak sempat dibalas kunjungan. InsyaAllah ada ruang akan ke blog anda pula.


Jadi, mari kita sama-sama baca, dan dan berusaha mengamalkan Petua Imam Syafie ini, semoga boleh jadi panduan semua untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

 ~
~
~


4 Perkara Untuk Menguatkan Badan :

  1. Makan daging.
  2. Memakai Haruman.
  3. Kerap Mandi.
  4. Berpakaian daripada kapas.



4 Perkara Yang Melemahkan Badan :

  1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
  2. Selalu cemas.
  3. Banyak minum air ketika makan.
  4. Banyak makan makanan yang masam.




4 Perkara menajamkan mata :

  1. Duduk mengadap kiblat.
  2. Bercelak sebelum tidur.
  3. Memandang yang hijau.
  4. Berpakaian bersih.




4 Perkara merosakkan mata :

  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh.
  3. Melihat kemaluan.
  4. Membelakangkan kiblat.




4 Perkara menajamkan fikiran :
  1. Tidak banyak berbual kosong.
  2. Rajin bersugi (gosok gigi).
  3. Bercakap dengan orang Soleh.
  4. Bergaul dengan Ulama' (orang yang berilmu)





Selamat Beramal =)

No comments:

Post a Comment