LED Text Scroller

Tuesday, November 29, 2011

++jom kita ganyang++

ASSALAMUALAIKUM..




well well well.. sambil blog walking orang lain.. sambil tu juga terjumpa iklan nie dari abang google.. well.. nice one.. i like.. and amat sesuai untuk musim2 sekarang yang kejap2 hujan lebat.. pas tu panas di siang hari.. oopppss.... menatang nie memang suka sangat tempat2 berair nie... da memang favorite port dia laa nak beranak pinak kat situ.. guess who are they??



taraaaaa~~~ memperkenalkan nyamuk aedes...



well.. nyamuk nie antara nyamuk yang merbahaya di antara nyamuk nyamuk yang lain.. (ye ke?? buleh laa.. huhu)... hasil daripada gigitan nyamuk nie,,, anda mungkin akan terkena demam denggi~~!!!.... AWAS....  jom.. kita menimbal ilmu tentang nyamuk aedes..




Aedes merupakan genus nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan aktiviti manusia ke seluruh benua kecuali antartika Namanya diperolehi daripada perkataan Yunani Kuno aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi  Aedes albopictus merupakan spesies yang sering ditemui di asia.. Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.

Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tabiat nyamuk aedes

  1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
  2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
  3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah

Tempat pembiakan nyamuk aedes

  1. Dalam Rumah
    1. Akuarium
    2. Perangkap semut
    3. Pasu Bunga
    4. Timba
    5. Tempayan
    6. Kolam (kolah) mandi
    7. Tempat air peti sejuk


  2. Luar Rumah
    1. Tayar buruk
    2. Tempurung kelapa
    3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
    4. Salur air hujan
    5. Tempayan
    6. Pokok Pisang
    7. Pokok Keladi
    8. Longkang yang tersekat
    9. Tangki septik (terdedah)


Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

  1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
  2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
  3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
  4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
  5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
  6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
  7. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
  8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali



sambil2 duk melayan diri pasal nyamuk aedes niee.. terjumpa juga laa iklan jabatan kesihatan tentang nymuk aedes nie... waadduuuhh.. cute banget dehh iklannya... mau jatuh cintan sama itu kartunya... waaaaaaa....









 sangat comel bila iklan dibuat sedemikian bersama tajuk yang sangat menarik perhatian..





 ttaaarrrraa.. paknil pom sama2 join tuk membanteras ganyang nyamuk aedes nie tau... i like paknil!!!~~!!.. 



artis and media juga sama2 join kempen nie tau... anda?? bila lagi... hehehehhe..
>__O









tengok.. kerajaan bersungguh2 tuk mencegah demam denggi hasil daripada nyamuk aedes nie... kita patut sama2 join kempen mencegah nie tuk menghasilkan gaya hidup yang sihat dan bebas daripada penyakit... kalau bukan kita yang mengubahnya,,, siapa lagi???....
weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee





JANGAN BACA DAN LIHAT SAJA~!! BERTINDAK SEGERA~~!!!!

No comments:

Post a Comment