LED Text Scroller

Saturday, December 10, 2011

++gerhana bulan++

 ASSALAMUALAIKUM
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.


 
:: Fakta tentang Gerhana Bulan ::

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
 
sumbangan ikhlas daripada
(terima kasih) 












Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. 
(HR. Bukhari dari Abi Barkah).



 sama-sama kita memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh,

No comments:

Post a Comment