LED Text Scroller

Saturday, March 12, 2011

++gempa bumi,, tsunami & Jepun++

seperti yang kite tau semalam Jepun telah dilanda musibah yang teruk sejak sekian lama.. and kali nie musibah yang sangat teruk berlaku di negara matahari terbit tu...

and sejak semalam juga la mak ayah and ahli keluarga yang lain duk bimbang and tak duk diam sebab abang ke2 still di Jepun.. mana tak risau kan.. musibah berlaku pada ahli keluarga sendiri... and keje aku dari petang semalam jadi operator telepon.. duk angkat tepon and jawap soklan dari pemanggil tentang abang aku... SYUKUR ALHAMDULLILAH.. abang aku selamat.. "....masa gempa, ngah driving..rasa keter rongek-rongek...hahahah..."siap leh duk melawok lagi tu haaa... orang kat umah duk risau.. dia leh melawok lagi... pepehal,, family kat umah slalu update sal abang kat sana and update sal keadaan Jepun sekarang...

sayu and sedey bile tengok berita and gambar2 malapetaka yang da jadi kat Jepun tuu..

Rumah terbakar yang dihanyutkan tsumai berdekatan lapangan terbang Sendai, Jepun.

Rumah terbakar dihanyutkan ke laut selepas tsunami dan gempa bumi di Kota Natori, timur laut Jepun.
 
Kenderaan dan kapal terbang dihanyutkan arus tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai Airport, timur laut Jepun.
 
Rumah dan kereta dihanyutkan arus tsunami di bandar Kesennuma

Rumah² dihanyutkan oleh air laut selepas tsunami dan gempa bumi di Natori Bandar, timur laut Jepun.

Perahu nelayan dan kenderaan dibawa oleh gelombang tsunami di pelabuhan Onahama di bandar Iwaki, di wilayah Fukushima, utara Jepun.
 
Tsunami besar melanda pesisir pantai Iwanuma, Wilayah Miyagi, timur laut Jepun.
 
Kombinasi gambar² yang menunjukkan kereta dan kontena disapu oleh gelombang tsunami di pelabuhan Miyako.

Tsunami besar melanda pesisir pantai Iwanuma, Wilayah Miyagi, timur laut Jepun.

Rumah dan bangunan terbakar selepas gempa bumi melanda bandar Yamada, Iwate, timur laut Jepun pada 11 Mac 2011.
 

Sebuah pusaran air terbentuk berdekatan Kota Oarai, timur laut Jepun.

Tsunami memusnahkan kenderaan dan rumah di kota Kesennuma di Wilayah Miyagi, utara Jepun pada tarikh 11 Mac 2011.
 
Lapangan Terbang Sendai dibanjiri air laut selepas tsunami dan gempa bumi di Sendai, timur laut Jepun.

Kelihatan beberapa rumah masih lagi terbakar selepas terjadinya gempa bumi dan tsunami di bandar Natori, Wilayah Miyagi , timur laut Jepun.

Sebuah kilang runtuh di bandar Sukagawa, Wilayah Fukushima, Utara Jepun pada 11 Mac 2011.




moga ALLAH sentiasa melindungi makhluk-Nya..

No comments:

Post a Comment