LED Text Scroller

Wednesday, March 16, 2011

++harap dia dan mereka selamat and baik2 saja++

sejak Jepun kene gempa bumi and tsunami jumaat lalu.. mak ayah tak senang duduk.. dengar je berita sal Jepun sume stop wat keje.. dengar je gempa bumi kat Jepun,, sume muke risau je... mak pulap slalu duk tanye,, ""abg fayu x dop khabr berite ke??""... mak mana tak risau anak dia kan... nak2 keadaan Jepun skarang yang tengah ditimpa musibah nie...

tiap kali mak ayah dengar berita sal Jepun,,, tak kire tsunami,, gempa bumi,, loji nuklear tu,,, mak ayah asyik duk ingat anak dia... abang num2 tu.. mak lagi laa.. risau amat sangat... tak lena dia tidor malam2.. asyik pikir sal anak dia.. tiap2 masa mak ayah duk tanye sal khabar abang... nak suh mak tenang... "" abg baik2 jaa..""..

keluarga mana tak risau bila ahli sendiri duk lam keadaan tak aman and slalu kene  musibah... moga ALLAH sentiasa lindungi abang dan umat-Nya

~
~
~
~
~

Reaktor No. 3  di loji nuklear Fukushima Daiichi terbakar akibat gempa bumi Jumaat lalu.
 
Reaktor No. 3 di loji nuklear Fukushima Daiichi terbakar akibat gempa bumi Jumaat lalu.
TOKYO: Loji nuklear Fukushima Daiichi yang lumpuh berikutan gempa bumi mengalami kebocoran radiasi yang serius semalam berikutan dua letupan baru dan satu kebakaran ketika kakitangan di tapak berkenaan bertungkus lumus mengelak kebocoran.

Krisis nuklear terbesar negara itu semakin buruk setiap hari berikutan empat daripada enam reaktor di loji nuklear Fukushima mengalami letupan hidrogen sejak gempa bumi melanda wilayah Tohoku Jumaat lalu.
Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) mengarahkan 800 kakitangannya berpindah dari loji terbabit tetapi meninggalkan 50 yang lain untuk mengepam air laut ke reaktor dalam usaha yang disifatkan terdesak untuk menyejukkan tiga daripada empat reaktor dan berusaha untuk mengelak pembocoran teras.
Dalam satu taklimat malam kelmarin, Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano mengakui adanya risiko tiga daripada empat reaktor terjejas itu boleh mengalami kebocoran. Namun Kazuhiko Maekawa, profesor madya di Universiti Tokyo semalam berkata walaupun senario ini mungkin berlaku, sekurang-kurangnya pada masa sekarang, ia adalah berbeza dengan kebocoran teras di Chernobyl pada 1986 di Ukraine yang membabitkan letupan nuklear berskala besar.

Walaupun kebocoran berlaku, ia masih dalam keadaan cecair, kata Maekawa. Jika reaktor utama tidak musnah secara keseluruhan, bahan radioaktif membawa maut masih kekal dalam kawasan reaktor, katanya.

“Dalam insiden di Chernobyl, letupan merebak bahan nuklear yang mengandungi debuan maut dan mencemarkan kebanyakan penduduk,” kata Maekawa, seorang kaunselor Persatuan Penyelidikan Keselamatan Nuklear, menolak satu letupan seumpama itu di Fukushima.

“Jika anda berjaya menghalang kebocoran, kemungkinan pencemaran radioaktif berskala besar adalah rendah. Penduduk tempatan perlu terus tenang dan tidak panik,” katanya. – Agensi

2 comments:

  1. abg study kat sane ea dina? harap2 selamat n xde pape..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. yup... abg study sana.. duk risau lake nie... tuan badn biasa jaa... mak ayah duk bimbng.. insyaallah bek2 jaa nehh

    ReplyDelete