LED Text Scroller

Monday, January 3, 2011

... jom jimat....



al-maklum laa...
boros punye pasal...
duit melayang tak tau terbang kemana...
mula laa risau and pening tak tau hala..
fenim punya pasal..
cari punya cari idea.. 
jumpa idea niee...



CARA-CARA NAK BERJIMAT~~~
siyokkan bunyi nyee...

cara-caranye adalah..........:-----
  • Penjimatan dapat berlaku ketika membeli-belah. Memang tidak dinafikan aktiviti beli-belah ini akan memberikan impak yang cukup besar dalam menentukan sama ada kita mampu mengawal aliran wang keluar dalam kehidupan seharian. Tidak salah untuk kita membeli-belah, cuma seharusnya ada satu kesedaran tentang pentingnya berjimat cermat bak kata pepatah “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”. Namun, yang menjadi persoalannya sekarang, bagaimana untuk berjimat-cermat ketika membeli-belah?
 
  • Perancangan awal sebelum keluar membeli-belah seharusnya menjadi wadah yang paling penting dalam menentukan penjimatan yang semaksimum mungkin. Apa pentingnya perancangan ? Sebenarnya dalam hidup ini, kita tidak akan dapat lari dari membuat perancangan meski sekecil mana pun sesuatu hal yang ingin kita laksanakan.  

  •  Sediakan satu kertas dan senaraikan barang-barang yang ingin dibeli mengikut tahap prioriti yang paling penting untuk dibeli ke tahap yang tidak penting dibeli. 

  •  Membuat perbandingan harga di kedai-kedai yang dikunjungi. Istilah “berkenan di hati, terus beli” atau “tengok sekali, terus beli” seharusnya dielakkan dengan penuh hemah kerana jika tidak kena dengan caranya akan memberikan impak besar dalam perbelanjaan semasa membeli-belah.  Jadi, tidak ada alasan bagi anda untuk tidak berjimat cermat walaupun perbedaannya hanya sedikit, bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Penjimatan yang sedikit itu akan menjadi pelaburan yang besar di masa depan sekiranya amalan berjimat cermat menjadi amalan hidup.

    Konklusinya, amalan berjimat cermat semestinya menjadi kewajipan kepada setiap insan bagi memperoleh kualiti hidup yang lebih baik pada masa sekarang dan juga pada masa depan. Ungkapan “malang tidak berbau” patut menjadi ingatan kepada semua kerana tiada sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Sejajar dengan itu, amalan berjimat-cermat boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa atau kaum keluarga. Langkah-langkah penjimatan seperti merancang perbelanjaan, membuat perbandingan harga dan mengawal penggunaan kad kredit seharusnya menjadi ikutan semua bagi menjamin kestabilan ekonomi rakyat dan negara.

    Jangan jadikan amalan berbelanja melebihi pendapatan yang diperoleh semata-mata kerana nafsu, kelak merana diri bak kata pepatah, menang sorak kampung tergadai.  




    waaaaaaaaaaaahhhhhhh~~!!~~
    alang-alang nak berjimat cermat punye pasal..
    bersungguh aku mintak tolong dengan abang google nie tau~~


    terima kasih daun keladi,,,lain kali tolong lagi...~~~ 
     

    No comments:

    Post a Comment